Wednesday, 29 August 2012

BERITA DARI WAKLI HR UTARA



Salam Aidilfitri;
Semalam saya sempat melawat Pak Ngah selepas menziarahi jenazah ibu Yusri di Bagan Serai. Pak Ngah eksiden pada pagi Jumaat 17 Ogos antara 8.30 – 9.00 pagi. Tempurung lutut kirinya pecah dan dah jalani operation.

Pak Ngah diberi MC dari 17 Ogos – 27 Ogos & 28 Ogos – 29 Sept. Bagaimana pun belum dapat ditentukan tarikh/ tempoh sebenar beliau boleh mula bekerja.

Melihatkan keadaannya yg juga menghidapi kencing manis yg agak tinggi, tempoh sembuh mungkin akan mengambil masa agak panjang.


Sumber :
e-mail dari Pn. Rusmin Fadzil
Pengurus Kanan Operasi Utara

Thursday, 16 August 2012

UCAPAN RAYA DARI GENG HR




Bunga dirangkai berikat tali
Lama dipandang indah sekali
Hari lebaran telah tiba,
memohon maaf setulus hati
Menyambut Hari Raya Aidilfitri minal aidin wal faizi

                                      Nazri Mohd Noor

 




"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Jaga diri dan keluarga dimusim perayaan ini".....Razi Ngalim






 





 " Semoga Raya tahun ini adalah yang paling bermakna untuk semua"..... Nana Adnan.








"Hulurkan tangan bermaaf-maafan, sucikan pagi raya dengan meraikan para tetamu yang datang.... Maaf Zahir & Batin" ....... Zana.










"Bersihkan Hati, bersihkan jiwa, jangan lupa zakat fitrah.....

Selamat menyambut lebaran dan maaf atas tersilap tutur bicara" ............... Dayah Nordin,








 


" Semasa kita bergembira menyambut syawal, jangan lupa yang jauh dari keluarga terutamanya diperantauan, pengorbanan yang dilakukan itulah yang paling bermakna di pagi syawal ini" ...... Aisah Sanusi 




 







" Memohon kemaafan dan menyusun sepuluh jari kepada semua yang dekat dan jauh, semoga kita dapat menyambut raya dengan ketenangan dan kedamaian"...... Yati M Said.










" Asyik kita bergembira dan berbelanja di syawal yang penuh bahagia ini, jangan lupa pada yang kurang kemampuan untuk merayakan bersama"........ Lina Rahman












Tupai kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

                                                            Wani Yasir 
 


Janji ditepati,
Juadah raya mee kari ,capati & spaghetti
Sesama kita bersatu hati
Menyambut 1 syawal dengan suci hati
                  
                                     Hamda Mohamad

Memohon Maaf tidak menjadikan kita hina
Memberi maaf jangan membuat kita bangga
Saling memaaf insyaAllah membuat kita mulia

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin


Rasidi Ramlee




Selamat Bercuti dan bersama merayakan hari yang mulia Aidilfitri bersama keluarga tercinta... opsss advance nko orang dah masuk ya pada 15/08/2012, ada yang terlepas buat permohonan ya, kami memahami masalah anda, di masa akan datang kami "merayu" agar prihatin dengan deadline yang diberikan, jangan senang untuk "gunakan" cabel tau.....

SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT HR KARANGKRAF



HR Karangkraf sempoi, kita orang adalah HR kepada 10 syarikat yang dibawah perkhidmatan kami dengan volume staff seramai 1500 orang. Syarikat-syarikat yang menerima perkhidmatan kami adalah;
  • Ultimate Print Sdn Bhd
  • Dasar Cetak (M) Sdn Bhd
  • Grup Majalah Karangkraf Sdn Bhd
  • Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd
  • Grup Digital Karangkraf Sdn Bhd
  • Sinar Karangkraf Sdn Bhd
  • Karangkraf Network Sdn Bhd
  • Karangkraf Mall Sdn Bhd
  • Kedai Buku Sinar Bestari Sdn Bhd
  • Telatin Mewah Sdn Bhd (IMKL)
Kami terdiri daripada 5 unit utama iaitu
  • Unit IR
  • Unit Performance Management
  • Unit Recruitment
  • Unit Payroll
  • Unit Training
Semoga blog ini dapat menjadi salah satu saluran komunikasi dengan seluruh kakitangan, terutamanya bagi kakitangan skuad yang berada di serata dearah di Malaysia dan di cawangan-cawangan yang mengalami kesulitan untuk membuka portal syarikat (Anjung). Segala informasi yang kami masukkan di Anjung, InsyaAllah akan kami permudahkan dan berkongsi di blogspot ini bagi isu-isu yang tidak terlalu P&C atau bukan isu kerahsiaan syarikat.


Catatan Oleh
Editor HR Karangkraf
16/08/2012