Friday, 21 September 2012

ANUGERAH MAJIKAN TERBAIK 2012



SHAH ALAM - Kumpulan Media Karangkraf antara lima syarikat menerima Anugerah Majikan Terbaik 2012 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) peringkat Shah Alam sempena Majlis Merdeka Raya yang diadakan pada 30 Ogos 2012.

Turut menerima anugerah Nippon Paint (M) Sdn Bhd, Automotive Industries Sdn Bhd, Panasonic Appliances Air-Conditioning R&D Malaysia Sdn Bhd dan Sharp-Roxy Sales & Service Co (M) Sdn Bhd.

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP, Datuk Ibrahim Taib. Pengiktirafan berkenaan diberikan sebagai tanda penghargaan kepada majikan yang mengurus akaun dengan sempurna, selain menjelaskan caruman tepat pada masanya.

Pada majlis itu, Penerbit Eksekutif Sinar Harian, En. Akmal Eirfan Mohamad Fauzi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub menerima anugerah tersebut.Beliau menyifatkan anugerah itu sebagai tanda pengiktirafan besar kepada Kumpulan Media Karangkraf. "Ia menunjukkan simbolik Karangkraf prihatin kepada kebajikan pekerjanya," katanya.

Hadir sama, Ketua Cawangan KWSP Shah Alam, Ahmad Abas

Sumber : NURUL FATIHA MUAH
Skuad Sinar Harian Selangor-KL



Saturday, 15 September 2012

DISKAUN 40% BERBELANJA DI MYDIN

Staff karangkraf yang berasal dari Kota Bharu yang menetap di Selangor, KL dan Putrajaya menikmati  diskaun sehingga 40% apabila berbelanja di Mydin, mendapat rebet apabila membeli kereta Proton serta mendapat diskaun 20% apabila berbelanja di Karangkraf Mall serta banyak lagi....

 Pada 14 September 2012 yang lepas, Kumpulan Media Karangkraf telah dilawati oleh Persatuan Orang Kota Bharu dan telah membuat perjumpaan dengan Staff Karangkraf yang berasal dari Kota Bharu di Auditorium 1 KMK sebelum Mesyuarat Ahli jawatan Kuasa Majlis Pemikir Dan Pemandu 2011-2013 yang berlangsung di sini. Kakitangan KMK yang berasal dari Kota Bharu atau yang mempunyai hubungan dengan orang Kota Bharu ( suami/isteri/etc) ditawarkan dengan keahlian percuma dan dapat menikmati semua feadah ahli yang ditawaran dengan mengisi borang keahlian yang diedarkan pada hari tersebut.

IMEJ : SINAR HARIAN Terbitan 15 September 2012

Untuk mengetahui lanjut berkaitan persatuan ini you all boleh layari lamanan sesawang diaorang di Persatuan Orang Kota Bharu atau klik sahaja di link yang disediakan.

Anggota Majlis Pemikir Dan Pemandu 2011-2013

Friday, 14 September 2012

JAMUAN RAYA GRUP BUKU KARANGKRAF KREATIF


Terima kasih, terima kasih , terima kasih........

Menghadiri Jamuan Raya Grup Buku bukan sahaja mengenyangkan dan menghiburkan perut, tetapi dapat juga menghiburkan mata dan menajamkan minda.  Tengok sahaja pada setiap menu yang disediakan siap dengan tag nama Tajuk Makanan  boleh buat tajuk buku atau novel sungguh kreatif.


Lazat dan menambah selera, walaupun perut dah padat tetapi rasanya tak mahu meninggalkan majlis jamuan raya tersebut....Bukan sahaja juadahnya yang berwarna warni tetapi sungguh sedap. Antara menu yang disediakan ialah Roti Jala Kak Wan, Lemang, Rendang Rasipi Shila Rusly, Soto, sate, ketupat, KFC pun ada dan banyak lagi.....







Wajah-wajah yang ceria menjemput dan melayan kami akan meninggalkan kenangan yang terindah bagi kami pada semua team Grup Buku Karangkraf, sebelum melangkah balik semula kami sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih dan jangan lupa pesanan kami kalau ada majlis seumpama ini lagi jangan lupa pada kami. 

Thursday, 13 September 2012

JAMUAN AIDILFITRI ULTIMATE PRINT SHIFT 2 MERIAH

Dari kiri : Meggie, Adda, Kak Engku, eTun, Adda Esa, Belakang: Sham, Rahim

Alhamdulilah.. Rezeki yang melimpah ruah untuk jamuan raya di office. Pelbagai menu yang di sponser oleh semua jabatan di Ultimate Print Sdn Bhd.

Tabikkk spering kepada pihak penganjur yang buat jamuan raya sebanyak 3 kali dalam Syawal ini.... mana ada orang buat cam tu, tapi Ultimate Print @ Nko orang boleh... (^_^)

Antara menu yang mencuri perhatian ramai ialah... sudah tentu nasi beriyani, laksa, kuey teow....mmmm memang sedap kuey teow goreng tu, sampai ada yang makan 3 kali, kek alwani, ayam masak merah Ida AK-ULI pun habis tinggal bekas aje, kueh yang di bawa oleh Mei Ching sedap dan klasik....

Yang best nya juga berbagai kaum berkongsi merasai juadah, bukan setakat kaum-kaum yang popular kat Malaysia sahaja, tapi ada juga dari Nepal dan Vietnam pun ada  berkongsi kegembiraan..

Terima kasih atas undangan jamuan tersebut, Next week Syawal dah berakhir tapi diharapkan semangat Syawal kekal sampai bila-bila....

Kami menyokong usaha yang murni....


Tuesday, 11 September 2012

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI IMKL



HR menerima jemputan sambutan jamuan raya IMKL, terima kasih daun keladi.....