Terima kasih, terima kasih , terima kasih........
Menghadiri Jamuan Raya Grup Buku bukan sahaja mengenyangkan dan menghiburkan perut, tetapi dapat juga menghiburkan mata dan menajamkan minda. Tengok sahaja pada setiap menu yang disediakan siap dengan tag nama Tajuk Makanan boleh buat tajuk buku atau novel sungguh kreatif.
Lazat dan menambah selera, walaupun perut dah padat tetapi rasanya tak mahu meninggalkan majlis jamuan raya tersebut....Bukan sahaja juadahnya yang berwarna warni tetapi sungguh sedap. Antara menu yang disediakan ialah Roti Jala Kak Wan, Lemang, Rendang Rasipi Shila Rusly, Soto, sate, ketupat, KFC pun ada dan banyak lagi.....
Wajah-wajah yang ceria menjemput dan melayan kami akan meninggalkan kenangan yang terindah bagi kami pada semua team Grup Buku Karangkraf, sebelum melangkah balik semula kami sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih dan jangan lupa pesanan kami kalau ada majlis seumpama ini lagi jangan lupa pada kami.
No comments:
Post a Comment