Friday, 5 October 2012

BYE BYE...



04 Oktober 2012 LCCT Sepang - Alhamdulillah, wakil HR iaitu Ecah dan Razi telah selamat menghantar 3 orang staf Nepal yang berkhidmat di Ultimate Print (UPSB) Prai ke LCCT bagi penghantaran pulang ke tanah air mereka di Nepal.

Pengambilan pekerja asing dari Nepal adalah merupakan warga kerja asing yang kedua yang berkhidmat di UPSB selepas Bandladesh.  Ketiga-tiga mereka merupakan staf  warga asing dari Nepal yang paling awal berkhidmat di UPSB dan telah berjaya menghabiskan kontrak 3 tahun mereka di negara ini khasnya UPSB Prai.  Oleh yang demikian, dikesempatan ini, kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam proses penghantaran.

Ini merupakan proses penghantaran pekerja asing kali pertama yang mengelibatkan banyak pihak. Semua pihak yang terlibat telah memberikan kerjasama dan team work yang tinggi tidak mengira lokasi kerja. 
 
1)    Team logistik  : Abg Abot (bertanggungjawab mengambil staf ini di Prai dan membawa mereka ke Shah Alam)
2)    Team Admin   : Nazzim,Hafiz (botak) dan Helmi (mengambil semua staf termasuk abg Abot di Tapah, Perak kerana Van yang dinaiki telah rosak dipertengahan jalan)
3)    Team Operasi : Abg Epul (membantu menghantar staf ke LCCT.
4)    Team HRD : En Razi (membantu menghantar staf Ke LCCT)

Tidak lupa juga kepada Madam Chris dan Pn Meggi yang memberi kebenaran kepada abg Abot untuk mengambil staf2 ini.

Bagi Pihak Lila dan rakan-rakan, mereka mengucapkan terima kasih dan  memberitahu bahawa mereka sangat seronok bekerja di UPSB sepanjang dalam tempoh 3 tahun ini. Semoga layanan mesra rakyat Malaysia dan khasnya kakitangan UPSB Prai menjadi kenangan terindah dalam hidup mereka yang tidak akan dilupakan.

Sayu tangan yang melambai, sayu lagi mata yang memandang, mereka meninggalkan team yang menghantar mereka pulang dengan check-in ke balai berlepas kira-kira jam 10.00 pagi waktu tempatan. Semoga mereka selamat sampai ke destinasi yang di tuju, dimana keluarga mereka sedang menanti.  

Bye bye....



Ecah.

No comments:

Post a Comment