Friday, 12 October 2012

PENCARIAN CALON UNTUK MENGETUAI JABATAN ;

Karangkraf Retail Sales Department
dan
Events Management Department



Terbuka kepada semua

WARGAKERJA KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF & SYARIKAT-SYARIKAT SEKUTUNYA


Sekiranya anda mempunyai kelayakan, berminat dan berpengalaman dalam retail atau events seperti di bawah anda dipelawa membuat permohonan sebagai;

Head of Karangkraf Retail
@ Degree or Diploma in relevent fields
@ Good communications, management & leadership qualities.
@ Some sales or marketing experience ( in conventional or digital) particularly in retail sales, printing or publishing.
@ Able to develop and implement the sales and marketing strategy and able to meet sales objective.
@ Technical knowledge in printing ( conventional or digital) is an advantage.
@ Good knowledge and skills in Internet and social media (FB, Twitter ect).
@ Able to motivate others and to work independently.
@ Posses a driving licence and own transport.


Head of Events
@ Degree or Diploma in relevent fields
@ Good communications, management & leadership qualities.
@ Some events management or project management experience.
@ Good written and verbal skills in B. Malaysia and English.
@ Have wide contacts related to events management.
@ Willing to work on weekends and outstation.
@ Able to motivate others and to work independently.
@ Posses a driving licence and own transport.
Those who are interested please apply via e-mail to :
                                                                                   
Recruitment & Manpower Planning Unit, Human Resources Department,  KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF

Please submit before  
16/10/2012 (Tuesday)

Monday, 8 October 2012

MORNING BRIEFING TERAKHIR 2012


4 Oktober 2012  Kumpulan Media Karangkraf , Auditorium 1 dan 2 Karangkraf pagi-pagi lagi seawal 8.20 pagi telah dipenuhi oleh kakitangan Kumpulan Media Karangkraf daripada pelbagai syarikat sekutu. Semua kakitangan Kumpulan Media Karangkraf tidak melepaskan peluang untuk perjumpaan yang terakhir ini bagi tahun 2012 atau dikenali sebagai Morning Briefing. 

Majlis dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Saudara Rahimi dari Unit Event. Kehangatan pagi itu dihangatkan lagi dengan penampilan editor-editor majalah, wakil jabatan pengiklanan, grafik, foto, seketeriat dan promosi dari Grup Majalah Karangkraf dengan koir 3 lagu wajib iaitu Karangkraf Bersatu, Jalur Gemilang dan Gemuruh. Team koir ini juga telah membuat satu kejutan dengan menyanyikan lagi "Terukir Dibintang" nyanyi Yuna yang disampaikan secara koir. Lagu ini ditujukan khas kepada Ahli Lembaga pengarah dan pihak pengurusan tertinggi syarikat. Majlis tersebut menampilkan satu lagi bakat baru sebagai Emcee iaitu Breffa dari Jabatan Pengiklanan.   

Perjumpaan bersama yang berlangsung hampir 3 jam tersebut padat dengan perkongsian dan amanat daripada Pengarah Urusan Dato (Dr) Hussamuddin Hj Yaacub, dimana kemunculan beliau amat dinanti-nantikan oleh seluruh warga kerja. Pada perjumpaan tersebut dato juga telah membuat beberapa pengumuman penting seperti migrasi atau semakan gaji, pengstrukturan baru syarikat dengan penyusunan semula barisan kepimpinan dan pergabungan beberapa jabatan.

Kami sebagai pihak penganjuran Morning Briefing mengucapkan tahniah diatas team Koir,Doa dan emcee GMKSB yang telah menyeri dan mewarnakan majlis perhimpunan kita yang terakhir untuk tahun ini.

Kami juga mengucapkan teima kasih yang tak terhingga diatas kerjasama yang diberikan oleh team GMKSB dan semua staff yang hadir. Sehingga kita berjumpa lagi di tahun hadapan dengan tema yang baru.




Friday, 5 October 2012

BYE BYE...



04 Oktober 2012 LCCT Sepang - Alhamdulillah, wakil HR iaitu Ecah dan Razi telah selamat menghantar 3 orang staf Nepal yang berkhidmat di Ultimate Print (UPSB) Prai ke LCCT bagi penghantaran pulang ke tanah air mereka di Nepal.

Pengambilan pekerja asing dari Nepal adalah merupakan warga kerja asing yang kedua yang berkhidmat di UPSB selepas Bandladesh.  Ketiga-tiga mereka merupakan staf  warga asing dari Nepal yang paling awal berkhidmat di UPSB dan telah berjaya menghabiskan kontrak 3 tahun mereka di negara ini khasnya UPSB Prai.  Oleh yang demikian, dikesempatan ini, kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam proses penghantaran.

Ini merupakan proses penghantaran pekerja asing kali pertama yang mengelibatkan banyak pihak. Semua pihak yang terlibat telah memberikan kerjasama dan team work yang tinggi tidak mengira lokasi kerja. 
 
1)    Team logistik  : Abg Abot (bertanggungjawab mengambil staf ini di Prai dan membawa mereka ke Shah Alam)
2)    Team Admin   : Nazzim,Hafiz (botak) dan Helmi (mengambil semua staf termasuk abg Abot di Tapah, Perak kerana Van yang dinaiki telah rosak dipertengahan jalan)
3)    Team Operasi : Abg Epul (membantu menghantar staf ke LCCT.
4)    Team HRD : En Razi (membantu menghantar staf Ke LCCT)

Tidak lupa juga kepada Madam Chris dan Pn Meggi yang memberi kebenaran kepada abg Abot untuk mengambil staf2 ini.

Bagi Pihak Lila dan rakan-rakan, mereka mengucapkan terima kasih dan  memberitahu bahawa mereka sangat seronok bekerja di UPSB sepanjang dalam tempoh 3 tahun ini. Semoga layanan mesra rakyat Malaysia dan khasnya kakitangan UPSB Prai menjadi kenangan terindah dalam hidup mereka yang tidak akan dilupakan.

Sayu tangan yang melambai, sayu lagi mata yang memandang, mereka meninggalkan team yang menghantar mereka pulang dengan check-in ke balai berlepas kira-kira jam 10.00 pagi waktu tempatan. Semoga mereka selamat sampai ke destinasi yang di tuju, dimana keluarga mereka sedang menanti.  

Bye bye....



Ecah.

Friday, 21 September 2012

ANUGERAH MAJIKAN TERBAIK 2012



SHAH ALAM - Kumpulan Media Karangkraf antara lima syarikat menerima Anugerah Majikan Terbaik 2012 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) peringkat Shah Alam sempena Majlis Merdeka Raya yang diadakan pada 30 Ogos 2012.

Turut menerima anugerah Nippon Paint (M) Sdn Bhd, Automotive Industries Sdn Bhd, Panasonic Appliances Air-Conditioning R&D Malaysia Sdn Bhd dan Sharp-Roxy Sales & Service Co (M) Sdn Bhd.

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP, Datuk Ibrahim Taib. Pengiktirafan berkenaan diberikan sebagai tanda penghargaan kepada majikan yang mengurus akaun dengan sempurna, selain menjelaskan caruman tepat pada masanya.

Pada majlis itu, Penerbit Eksekutif Sinar Harian, En. Akmal Eirfan Mohamad Fauzi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub menerima anugerah tersebut.Beliau menyifatkan anugerah itu sebagai tanda pengiktirafan besar kepada Kumpulan Media Karangkraf. "Ia menunjukkan simbolik Karangkraf prihatin kepada kebajikan pekerjanya," katanya.

Hadir sama, Ketua Cawangan KWSP Shah Alam, Ahmad Abas

Sumber : NURUL FATIHA MUAH
Skuad Sinar Harian Selangor-KL



Saturday, 15 September 2012

DISKAUN 40% BERBELANJA DI MYDIN

Staff karangkraf yang berasal dari Kota Bharu yang menetap di Selangor, KL dan Putrajaya menikmati  diskaun sehingga 40% apabila berbelanja di Mydin, mendapat rebet apabila membeli kereta Proton serta mendapat diskaun 20% apabila berbelanja di Karangkraf Mall serta banyak lagi....

 Pada 14 September 2012 yang lepas, Kumpulan Media Karangkraf telah dilawati oleh Persatuan Orang Kota Bharu dan telah membuat perjumpaan dengan Staff Karangkraf yang berasal dari Kota Bharu di Auditorium 1 KMK sebelum Mesyuarat Ahli jawatan Kuasa Majlis Pemikir Dan Pemandu 2011-2013 yang berlangsung di sini. Kakitangan KMK yang berasal dari Kota Bharu atau yang mempunyai hubungan dengan orang Kota Bharu ( suami/isteri/etc) ditawarkan dengan keahlian percuma dan dapat menikmati semua feadah ahli yang ditawaran dengan mengisi borang keahlian yang diedarkan pada hari tersebut.

IMEJ : SINAR HARIAN Terbitan 15 September 2012

Untuk mengetahui lanjut berkaitan persatuan ini you all boleh layari lamanan sesawang diaorang di Persatuan Orang Kota Bharu atau klik sahaja di link yang disediakan.

Anggota Majlis Pemikir Dan Pemandu 2011-2013

Friday, 14 September 2012

JAMUAN RAYA GRUP BUKU KARANGKRAF KREATIF


Terima kasih, terima kasih , terima kasih........

Menghadiri Jamuan Raya Grup Buku bukan sahaja mengenyangkan dan menghiburkan perut, tetapi dapat juga menghiburkan mata dan menajamkan minda.  Tengok sahaja pada setiap menu yang disediakan siap dengan tag nama Tajuk Makanan  boleh buat tajuk buku atau novel sungguh kreatif.


Lazat dan menambah selera, walaupun perut dah padat tetapi rasanya tak mahu meninggalkan majlis jamuan raya tersebut....Bukan sahaja juadahnya yang berwarna warni tetapi sungguh sedap. Antara menu yang disediakan ialah Roti Jala Kak Wan, Lemang, Rendang Rasipi Shila Rusly, Soto, sate, ketupat, KFC pun ada dan banyak lagi.....







Wajah-wajah yang ceria menjemput dan melayan kami akan meninggalkan kenangan yang terindah bagi kami pada semua team Grup Buku Karangkraf, sebelum melangkah balik semula kami sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih dan jangan lupa pesanan kami kalau ada majlis seumpama ini lagi jangan lupa pada kami. 

Thursday, 13 September 2012

JAMUAN AIDILFITRI ULTIMATE PRINT SHIFT 2 MERIAH

Dari kiri : Meggie, Adda, Kak Engku, eTun, Adda Esa, Belakang: Sham, Rahim

Alhamdulilah.. Rezeki yang melimpah ruah untuk jamuan raya di office. Pelbagai menu yang di sponser oleh semua jabatan di Ultimate Print Sdn Bhd.

Tabikkk spering kepada pihak penganjur yang buat jamuan raya sebanyak 3 kali dalam Syawal ini.... mana ada orang buat cam tu, tapi Ultimate Print @ Nko orang boleh... (^_^)

Antara menu yang mencuri perhatian ramai ialah... sudah tentu nasi beriyani, laksa, kuey teow....mmmm memang sedap kuey teow goreng tu, sampai ada yang makan 3 kali, kek alwani, ayam masak merah Ida AK-ULI pun habis tinggal bekas aje, kueh yang di bawa oleh Mei Ching sedap dan klasik....

Yang best nya juga berbagai kaum berkongsi merasai juadah, bukan setakat kaum-kaum yang popular kat Malaysia sahaja, tapi ada juga dari Nepal dan Vietnam pun ada  berkongsi kegembiraan..

Terima kasih atas undangan jamuan tersebut, Next week Syawal dah berakhir tapi diharapkan semangat Syawal kekal sampai bila-bila....

Kami menyokong usaha yang murni....